Monday, January 14, 2013

Borang Kemasukan Anak Sesi 2013

PAPN Sg. Udang  menjemput ibu bapa dan keluarga yang mempunyai anak berumur 1-4 tahun untuk mendaftar bagi kemasukan baru 2012 ke PAPN Sg. Udang Mari beramai-ramai mendaftar bagi kemasukan baru 2013. PAPN Sg. Udang beroperasi dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat) kecuali cuti umum.

Syarat-syarat kemasukan
 
 Bagi kawasan luar bandar, jumlah pendapatan isi rumah (suami  dan isteri) adalah tidak melebihi RM1,500.00. 

 Bagi kawasan pinggir bandar dan dalam bandar, pendapatan isi rumah adalah tidak melebihi RM 2,500.00. 

 Keutamaan juga diberikan kepada ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), pemohon yang mempunyai masalah keluarga (contoh:  masalah penceraian, digantung tidak bertali  dll.).


 Keutamaan akan diberikan kepada ibubapa yang tinggal berdekatan dengan PAPN Sg. Udang (10 km dari kawasan rumah)

Permohonan baru untuk Permata Sg. Udang masih dibuka dan Ibubapa boleh memuat turun (disini) Permohonan mestilah disertakan dengan :


  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa
  • Salinan Mykid dan Surat Beranak Anak
  • Slip gaji pasangan/Pengesahan Pendapatan bagi yang bekerja sendiri 

Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke PAPN Sg.Udang:

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA (PAPN) SG. UDANG
LOT 2223, JALAN WIRA 18,
TAMAN PERUNA,
76300 SG. UDANG,MELAKA

0 comments:

Post a Comment

Followers